Selasa, September 15, 2009

Sejarah Sekolah

SK Taman Tun Aminah 2 telah dibuka dengan rasminya pada 1 Disember 1994. Sekolah ini terletak di kawasan Parlimen Gelang Patah dan DUN Skudai N24.

SK Taman Tun Aminah 2 terletak lebih kurang 16km dari pusat bandaraya Johor Bahru. Kedudukan SK Taman Tun Aminah 2 amat strategik kerana terletak di tengah-tengah taman perumahan Taman Ungku Tun Aminah dan di kelilingi pula oleh beberapa taman perumahan lain seperti Taman Damai Jaya,Taman Tan Sri Yacob, Taman Selesa Jaya, Taman Nusa Bestari, Taman Sutera Utama dan sebagainya.

Taraf sosio ekonomi penduduk di sekitar SK Taman Tun Aminah 2 adalah pelbagai yang datang dari sektor kerajaan, swasta dan perindustrian. Masyarakatnya pula berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Iban.

Jumaat, September 11, 2009

Visi dan Misi

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Cemerlang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT STRATEGIK

1. Melahirkan murid-murid yang berjaya melalui pencapaian akademik.

2. Membina kecemerlangan sahsiah, emosi, potensi, disiplin dan spiritual murid.

3. Mempunyai barisan pemimpin murid terdidik, berdisiplin dan bertanggungjawab.

4. Melahirkan murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum sekolah.

5. Membina murid bijak IT dalam pendidikan.

6. Menyediakan persekitaran dan peluang belajar yang kondusif kepada semua murid.