Selasa, September 15, 2009

Sejarah Sekolah

SK Taman Tun Aminah 2 telah dibuka dengan rasminya pada 1 Disember 1994. Sekolah ini terletak di kawasan Parlimen Gelang Patah dan DUN Skudai N24.

SK Taman Tun Aminah 2 terletak lebih kurang 16km dari pusat bandaraya Johor Bahru. Kedudukan SK Taman Tun Aminah 2 amat strategik kerana terletak di tengah-tengah taman perumahan Taman Ungku Tun Aminah dan di kelilingi pula oleh beberapa taman perumahan lain seperti Taman Damai Jaya,Taman Tan Sri Yacob, Taman Selesa Jaya, Taman Nusa Bestari, Taman Sutera Utama dan sebagainya.

Taraf sosio ekonomi penduduk di sekitar SK Taman Tun Aminah 2 adalah pelbagai yang datang dari sektor kerajaan, swasta dan perindustrian. Masyarakatnya pula berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Iban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan