Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Hormat.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya maka dapatlah Blog Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah 2, Johor Bahru diwujudkan. Syabas! dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menyediakan blog ini dan komitmen anda amat dihargai. Adalah diharapkan usaha sebegini akan berterusan untuk menjamin kualiti dalam pengisian blog sekolah ini.
Walaupun blog ini masih dalam proses kemaskini, adalah diharapkan blog ini menjadi wadah penyaluran dan capaian informasi berkenaan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah 2, Johor Bahru secara "online". Usaha ini juga selaras dengan kehendak Jabatan dan Kementerian Pendidikan bagi merealisasikan masyarakat yang celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Internet menjadi alternatif yang penting dalam arus perdana kini bagi tujuan penyaluran dan capaian maklumat. Berdasarkan kepentingan tersebut, pihak sekolah juga tidak mahu ketinggalan dalam usaha menyalurkan maklumat berkenaan sekolah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Proses kemaskini blog ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi menjamin maklumat yang terdapat dalam blog ini adalah yang terkini.
Kepada para pengunjung yang melayari blog ini, pihak sekolah mengucapkan "Selamat Datang". Komen-komen yang membina dialu-alukan untuk menambahbaikkan pengisian blog ini.
Sekian dan terima kasih.
EN. TASUKI BIN SIMO
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN AMINAH 2,
JOHOR BAHRU, JOHOR.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan